Khamis, 2 Ogos 2018

Permata Hati Mama & Abah

12.02.2013

Alhamdulillah setelah 2 tahun perkahwinan, kami dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Pengalaman melahirkan yang tak akan pernah dilupakan oleh seorang wanita yang bergelar ibu.

Pengalaman melahirkan anak yang pertama, mana mungkin akan saya lupakan. Ramai yang kata "sakitnya untuk melahirkan seorang anak". Ya, memang sakit,sakit yang tak boleh digambarkan. Pada petang 11.02.2013 jam lebih kurang 5.30p.m saya pergi ke Hospital Sg Buloh kerana dah turun tanda. Pecah ketuban. Tapi tidak banyak, hanya meleleh seperti air kencing. Tiada sebarang kesakitan yang saya rasa. Sampai saja di Hospital, seorang doktor wanita mula cek bukaan. Pada ketika itu baru 2cm saja. Doktor tidak benarkan saya balik, kerana air ketuban dah mula pecah. Jadi pada hari itu, saya terpaksa bermalam dihospital. Semalaman dihospital, tiada sebarang kesakitan yang saya rasa. Nasib la suami pun ada pada ketika itu. Saya pun keluar masuk lah dari wad tu untuk jumpa suami.

Pada keesokan pagi, jam 11.30, air ketuban masih mengalir, dan bukaan pula baru 3cm. Saya masih sama, tiada sebarang kesakitan. Tapi, doktor beritahu, apabila air ketuban pecah lebih dari 24jam saya terpaksa melahirkankan juga. Jadi, pada jam 12 pm saya terpaksa dibawa masuk ke labor room,dan doktor terpaksa pecahkan ketuban saya sepenuhnya. Hampir 4 jam saya duduk dalam labor room. Kesakitan mula terasa pada jam 4pm. Mula la terasa sakit setiap minit. Masa tu Allah saja yang tahu sakitnya macam nak tendang kerusi meja yang ada. Saya mula menjerit panggilan doktor yang saya sakit sangat sangat. Doktor pun cek bukaan dah 8cm. Ya Allah cepat nya. Terasa sakit ya amat, cek cek saja sudah 8cm bukaan. Doktor pun telefon suami untuk masuk ke labor room.

Pada Jam 4.15 p.m bukaan dan 10cm. Masa tu doktor dan 2 orang nurse dah prepare dengan semua barang barang untuk bersalin. Doktor dah mula suruh aku "push". Penat, bagaikan nak hilang nyawa aku rasa. Alhamdulillah suami turut memberi semangat.."ayg push...ayg push". Allah.....mengalir rasa air mata, kerana aku terasa sudah terlalu lemah. Dan.....buat kali terakhirnya...aku teran sekuat mungkin...ya masa tu doktor menjerit "lagi puan...kuat lagi..push...kepala anak dah nampak....cuba teran sekuat mungkin" Huhhhhhhh Alhamdulillah.............................akhirnya Sang Puteri pun lahir pada jam 4.31 p.m. Allahuakbar...........hilang segala kesakitan. Sampai masa doktor jahit pun aku tak terasa sakitnya. Terima kasih Allah diatas anugerah yang terindah yang telah Engkau berikan kepada kami.

Disaat kedengaran bunyi tangisannya, aku terasa sebak..aku dan suami telah menjadi seorang ibu dan bapa. Mampukah kami memdidik anak ini supaya menjadi insan yang berguna kelak? InsyaAllah...Mama dan Abah akan usaha sebaik mungkin untuk memberi kebahagiaan dan keselesaan kepada anak anak.

bersambung............😊😊