Haii u olls,
hari ni saya nak share sikit pasal tips kecantikan. Kalau nak tau dulu masa zaman saya study di U..kulit wajah saya amat amat lah teruk dengan jerawat. Jerawat jenis kecik kecik tp penuh 1 muka. nak nak lagi bila piriod mai.
Kisahnya macam ni, masa tu saya buat praktikal di KLCC pada tahun 2010. Masa lunch hour, saya jalan jalan dalam parkson, time tu ada promosi produk kecantikan tak silap saya. Adalah lah seorang promoter dari kiosk Clinique, dia mai dekat saya...suggest suruh try produk saya. Aduhai..dalam hati saya dah mula merungut. "hui, amoi ni, duk tahan aku pulak..sat g dia suruh aku beli produk dia. bukan nya murah.."🙆. Si amoi ni pung pang pung pang lah cita pasal produk dia. last last dia offer kat saya untuk buat scan kulit secara percuma. MasyaAllah masa dia scan tu aku sendiri geli tengok kulit muka aku. Dah mcm menternak ulat di muka. Time tu mula la..nak terpengaruh dengan produk mereka. Kebetulan masa tu si amoi cantik ni bagitau, suruh aku try produk trial set saja. Tak mahal katanya, RM60 saja. Bagi aku masa tu RM60 tu sangat2 berharga. Disebabkan aku sendiri pun dah tak tahan tengok keadaan kulit muka aku ni, bf pun masa tu duk komplain kata muka mcm kertas pasir, aku pun beli juga la trial set untuk jerawat. Dalam set tu ada ( soap, moisturizer, clarify lotion-for acne, dan foundation ) . Trial set x da la besar seperti dlm gambar tu...comel2 je 😍.
Alhamdulillah, penggunaan selama sebulan secara berterusan jerawat kat muka memang bersih, kulit muka pun jadi lembut je. Kadang kadang tu ada juga la tumbuh sebiji bila nak piriod. Itu normal untuk kulit yang sihat..😙 Saya setia dengan clinique sampai saya kawen. Dan Clinique ni suami jadikan sebagai barang hantaran masa hari perkahwinan kami. Punya la seronok time tu 😅.
selalunya 3 bulan sekali saya akan ke kiosk Clinique di One Utama untuk scan kulit, sambil beli beberapa produk yang habis. Sampai la 1 tahap yang mana promoter clinique ni dah tak bagi saya pakai produk untuk jerawat, sebab kulit muka saya dah elok.
Saya sangat sangat suggest la kepada para wanita kat luar tu, yang berkemampuan try la produk clinique ni. Pekerja pekerja mereka juga mesra pelanggan, dan dapat membantu kita dalam menyelesaikan masalah kulit.
Untuk makluman dah hampir 3 tahun saya tak pakai clinique, sbb kulit saya dah tiada jerawat.
Sekarang ni tangah cari produk untuk jeragat pulak. siapa siapa ada suggestion mana mana produk boleh komen ya..😊
Sekian, coretan untuk hari ini..
Khamis, 26 Julai 2018
Rabu, 25 Julai 2018
Rumah baru impianku dan suami.
Dulu ketika di usia remaja saya mempunyai cita cita untuk memiliki rumah sendiri. Ingin duduk dirumah 2 tingkat, rumah yang besar. Saya tak kisah jika kereta saya kecil, tetapi saya perlu ada rumah yang besar dan selesa. "RUMAHKU SYURGAKU". Jadi rumah perlulah cantik dan selesa. Bagi saya rumah ni tempat untuk kita berlindung, bila kita penat balik kerja, kita lihat keadaan rumah kita yang cantik pasti hati akan menjadi lebih tenang.
Rumah Pertamaku (Damansara Damai, PJ Selangor)
Sejak berkahwin pada tahun 2011 saya dan suami menyewa di sebuah apartment di Damansara Damai, PJ. Alhamdulillah, pada awal tahun 2013, saya dan suami sudah memiliki rumah sendiri. Rumah pertama kami, rumah second hand saja. Kami beli rumah yang kami sewa pada ketika itu. Suami membuat keputusan untuk membeli rumah pada ketika itu, sebab owner rumah nak jual rumah tu, dan kami pula dah rasa selesa dengan rumah tu. Masa tu keadaan ekonomi keluarga kami hanya sekadar cukup cukup makan sahaja. Tapi memandangkan kami berdua bekerja dapatlah saya membantu suami serba sedikit untuk membayar duit rumah. Ya, impian saya memang nak memiliki rumah 2 tingkat, haaa....rumah ni bukan 2 tingkat tau..tapi 4 tingkat husband bagi 😂. Apartment saja...hehehe. Rumah kami tingkat 1..pada masa ni harga apartment dikawasan rumah kami ketika itu RM100k-RM120k. Alhamdulillah, dalam tempoh 3 bulan urusan jual beli rumah kami selesai. Rumah dekat dengan mall, ktm, hospital dan pelbagai kemudahan yang lain.
Disinilah kami susah senang bersama, dan disini jugalah lahirnya dua orang permata hati kami.
Rumah Keduaku ( Sungai Petani, Kedah)
Pada awal tahun 2017, kami berpindah ke Sungai Petani Kedah. Tempat kelahiran suamiku. Untuk sementara waktu kami tinggal dengan ibu saudara suami. . Setelah 6 bulan di Kedah, suami mengambil keputusan untuk membeli rumah kedua. Pada ketika itu, setiap kali ada pameran perumahan kami pasti akan hadirkan diri. lebih dari sebulan juga la kami survey harga rumah mencari rumah idaman, rumah yang selesa buat kami..Suami saya lebih berminat kepada rumah corner lot..sebab ada tanah senang untuk bercucuk tanam..😆 Alhamdulillah, awal bulan 6 ( masa tu bulan puasa) kami membuat keputusan untuk membeli rumah teres 2 tingkat (Corner Lot). Rumah baru, masih dalam proses pembinaan lagi. Jangka masa yang pihak pemaju maklumkan rumah akan siap pada Ogos 2018. Syukur alhamdulillah, belum lagi Ogos rumah kami dah siap. Seminggu sebelum raya kami dah dapat kunci. Mula la kami pun berangan nak beraya di rumah sendiri...hhahahaaa. Tapi itu semua mustahil. Ye la rumah baru, grill, kabinet , kipas , lampu, elektrik air semua mana ada lagi..kihkihkih. Tuhan saja yang tahu betapa excitednya kami ketika itu,apakan lagi anak2 kami. 😍
InsyaAllah jika selesai semuanya awal September kami akan berpindah masuk ke rumah baru kami.
Syukur alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Impian kami untuk memiliki rumah baru, rumah 2 tingkat corner lot sudah tercapai. Semoga kebahagiaan dan ikatan kekeluargaan kami lebih utuh selepas ini.
Sekian, coretan dari saya buat masa ni......😘
bersambung................................

Khamis, 19 Julai 2018
Salam Kenal Buat Peminat Blogger
Assalammualaikum, salam sejahtera buat semua peminat blogger.
Buat pertama kalinya biarlah saya perkenalkan diri dahulu. 😊
Biodata :-
Nama : Haziatul Azifah Binti Ahmad Fauzi
Nama Samaran : Intan 😂
D.O.B : 08/07/1987
Asal : Bagan Datoh , Perak
Status : Berkahwin ( 04.02.2011 )
Bil Anak : 2 Orang ( Sepasang )
Bidang Kerjaya : Usahawan Online / Offline ( Natural Excutive Cuckoo International (M) SDN BHD )
Bil Adik Beradik : 6 Orang ( Pertama dalam keluarga)
Minat / Hobi : Melayari Internet, shopping online , tengok wayang
Oklah rasanya cukuplah serba sedikit tentang diri saya. Saya mula berminat untuk menceburkan diri dalam blogger ni sebab sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam memperoleh maklumat yang diperlukan. Jadi dalam masa yang sama saya rasa saya juga ingin bertukar tukar pendapat dan berkongsi maklumat dengan rakan rakan blogger yang lain. InsyaAllah. Mudah mudahan saya juga akan jadi famous seperti blogger Hanis Zalika dan juga Vivi Yusof 😍😅😅
Salam kenal dari saya Puan Intan 💋💋💋💋💋

Langgan:
Ulasan (Atom)