Rabu, 25 Julai 2018

Rumah baru impianku dan suami.

Dulu ketika di usia remaja saya mempunyai cita cita untuk memiliki rumah sendiri. Ingin duduk dirumah 2 tingkat, rumah yang besar. Saya tak kisah jika kereta saya kecil, tetapi saya perlu ada rumah yang besar dan selesa. "RUMAHKU SYURGAKU". Jadi rumah perlulah cantik dan selesa. Bagi saya rumah ni tempat untuk kita berlindung, bila kita penat balik kerja, kita lihat keadaan rumah kita yang cantik pasti hati akan menjadi lebih tenang.


Rumah Pertamaku (Damansara Damai, PJ Selangor)

Sejak berkahwin pada tahun 2011 saya dan suami menyewa di sebuah apartment di Damansara Damai, PJ. Alhamdulillah, pada awal tahun 2013, saya dan suami sudah memiliki rumah sendiri. Rumah pertama kami, rumah second hand saja. Kami beli rumah yang kami sewa pada ketika itu. Suami membuat keputusan untuk membeli rumah pada ketika itu, sebab owner rumah nak jual rumah tu, dan kami pula dah rasa selesa dengan rumah tu.  Masa tu keadaan ekonomi keluarga kami hanya sekadar cukup cukup makan sahaja. Tapi memandangkan kami berdua bekerja dapatlah saya membantu suami serba sedikit untuk membayar duit rumah. Ya, impian saya memang nak memiliki rumah 2 tingkat, haaa....rumah ni bukan 2 tingkat tau..tapi 4 tingkat husband bagi 😂. Apartment saja...hehehe. Rumah kami tingkat 1..pada masa ni  harga apartment dikawasan rumah kami ketika itu RM100k-RM120k. Alhamdulillah, dalam tempoh 3 bulan urusan jual beli rumah kami selesai.  Rumah dekat dengan mall, ktm, hospital dan pelbagai kemudahan yang lain.
Disinilah kami susah senang bersama, dan disini jugalah lahirnya dua orang permata hati kami.

Rumah Keduaku ( Sungai Petani, Kedah)

Pada awal tahun 2017, kami berpindah ke Sungai Petani Kedah. Tempat kelahiran suamiku. Untuk sementara waktu kami tinggal dengan ibu saudara suami. . Setelah 6 bulan di Kedah, suami mengambil keputusan untuk membeli rumah kedua. Pada ketika itu, setiap kali ada pameran perumahan kami pasti akan hadirkan diri. lebih dari sebulan juga la kami survey harga rumah mencari rumah idaman, rumah yang selesa buat kami..Suami saya lebih berminat kepada rumah corner lot..sebab ada tanah senang untuk bercucuk tanam..😆 Alhamdulillah, awal bulan 6 ( masa tu bulan puasa) kami membuat keputusan untuk membeli rumah teres 2 tingkat (Corner Lot). Rumah baru, masih dalam proses pembinaan lagi. Jangka masa yang pihak pemaju maklumkan rumah akan siap pada Ogos 2018. Syukur alhamdulillah, belum lagi Ogos rumah kami dah siap. Seminggu sebelum raya kami dah dapat kunci. Mula la kami pun berangan nak beraya di rumah sendiri...hhahahaaa. Tapi itu semua mustahil. Ye la rumah baru, grill, kabinet , kipas , lampu, elektrik air semua mana ada lagi..kihkihkih. Tuhan saja yang tahu betapa excitednya kami ketika itu,apakan lagi anak2 kami. 😍
InsyaAllah jika selesai semuanya awal September kami akan berpindah masuk ke rumah baru kami.

Syukur alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Impian kami untuk memiliki rumah baru, rumah 2 tingkat corner lot sudah tercapai. Semoga kebahagiaan dan ikatan kekeluargaan kami lebih utuh selepas ini.

Sekian, coretan dari saya buat masa ni......😘

bersambung................................


Tiada ulasan:

Catat Ulasan